Wednesday 27 July 2011

Akshat Cipta Rekod Baru Ada 34 jari Kaki Dan Tangan


NEW DELHI: Seorang kanak-kanak berusia setahun mencatatkan rekod baru dunia selepas dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki.
Akshat Saxena mempunyai tujuh jari pada setiap tangan dan 10 pada setiap kaki, menurut jurucakap Rekod Dunia Guinness.

Kanak-kanak itu yang berasal dari Uttar Pradesh, utara India sudah menjalani beberapa siri pembedahan untuk membuang jari berlebihan.


Dia dilahirkan tahun lalu tanpa ibu jari. Doktor kini berusaha membuat ibu jari itu daripada jari yang mereka potong.

Ibunya, Amrita Saxena berkata: “Saya begitu gembira apabila melihat bayi saya kerana dia anak sulung kami.


“Tetapi kemudian, apabila melihat jarinya, saya terkejut.” Akshat mengalami masalah genetik yang dikenali sebagai polydactyly, sesuatu yang boleh diwarisi. Biasanya, jari berlebihan akan tumbuh pada jari kelingking tangan.



Amrita berkata, seorang rakan keluarga meyakinkan dia bahawa Ashkat begitu istimewa.

Dia berkata: “Rakan kami membaca di Internet mengenai seorang bayi yang dilahirkan di China dengan 31 jari.



“Dia kemudian berkata anak saya mencatat rekod baru dunia dengan 34 jari. “Mulanya saya tidak yakin langsung. Sukar bagi saya untuk mempercayai anak saya mencatatkan rekod baru.

“Tetapi kemudian, dia bersama suami dan adik mendaftarkan data Ashkat dalam Internet.” Rekod itu sebelum ini dipegang ioleh seorang kanak-kanak lelaki China berusia enam tahun yang mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki.


Kanak-kanak itu, yang keluarganya enggan menyiarkan namanya, juga menjalani pembedahan untuk membuang jari berlebihan itu.


Dia kini mempunyai l0 jari tangan dan 10 jari kaki selepas pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning, Mac lalu. - Agensi


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab