Tuesday 5 July 2011

Bayi Bertuah Lahir Pukul 11.11 Pagi Pada 1.1.2011


KACEY GRETTON bersama dengan anaknya, Rose yang dilahirkan pada pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011 di Hospital Queen’s, Britain baru-baru ini.
BURTON – Seorang ibu, Kacey Gretton, melahirkan bayi perempuan pada pukul 11.11 pagi pada 1.1.2011 di hospital Queen’s di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kacey berkata, dia dan ibunya menganggap tarikh kelahirkan anaknya yang seberat 3.76 kilogram itu merupakan satu detik yang indah.
Menurutnya, anak yang diberi nama Rose itu menangis kuat semasa dia dilahirkan.
Suami Kacey, Neil Gretton, 31, yang bekerja sebagai seorang pereka grafik menyatakan bahawa Rose merupakan anak pertama mereka.
Kacey, 24, terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan anak itu selepas dia dimasukkan ke hospital tersebut selama tiga hari.
“Saya berharap, Rose akan menjadi seorang bayi yang bertuah,” kata Neil. – Agensi

1 comment:

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab