Sunday 10 July 2011

Cena Cabar The Rock


JOHN Cena menyemarakkan api permusuhan dengan The Rock apabila mencabar lawannya itu di Australia.
Cena dijangka menentang penggusti yang digelar ‘The Great One’ itu di WrestleMania 28 ketika permusuhan selama tiga tahun sampai ke kemuncak.

Selepas menewaskan R-Truth dalam satu pertunjukan di Perth, Australia, Cena mengambil mikrofon untuk mengecam penonton yang tidak henti melaungkan nama pesaingnya itu.


“The Rock tidak mahu datang ke Australia. The Rock berada di Amerika Syarikat, menikmati kerja prolifiknya sebagai pelakon.

“Saya tidak kisah berapa banyak wang dimilikinya dan tidak kisah jika dia berehat di rumah agamnya sambil menunggu tawaran berlakon watak utama.


“Saya cabar jika dia berani datang ke gelanggang ini dan berkata dia sudah kembali dan tidak akan pergi lagi.



“Tetapi saya dan kita semua di sini tertanya-tanya di mana ‘People’s Champion’? Di mana orang yang dipanggil kapten ‘Team Bring It’? “Jika dia kapten ‘Team Bring It’, apa yang mereka bawa? Nota daripada doktor menyatakan dia tidak boleh ke Australia dan menghiburkan dunia WWE. Saya tidak kisah jika perlu melakonkan watak GI Joe, Fast Five, Fast Six, Godzilla, King Kong dan Julius Caesar sekalipun, saya mahu berada di gelanggang ini mempertahankan kejuaraan ini di depan anda semua kerana saya bukan seorang pelakon.

“Saya penggusti profesional dan itulah yang saya lakukan kerana penyokong seperti anda.



“Jika anda mahu menyokong seorang pelakon untuk kembali ke gelanggang, simpanlah sorakan dan kemeja-T bergambar lembu, lipat elok-elok, simpan dalam almari dan tunggu hingga 1 April kerana itulah masanya ‘People’s Champ’ akan berkata dia sukakan anda semua,” katanya.

Perang mulut antara Cena dan The Rock bermula apabila dia mengecam bintang filem itu kerana meninggalkan dunia gusti.


Penampilan terakhir The Rock dalam perlawanan utama WWE adalah pada 2004 apabila dia dan Mick Foley ditewaskan Randy Orton, Ric Flair dan Batista pada WrestleMania 20.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab