Thursday 28 July 2011

Haiwan Aneh Ditembak Mati Di Amerika


Amerika Syarikat - Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak diketahui. Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu kerana bimbang terhadap keselamatannya kerana dia tidak mengetahui spesies makhluk ganjil itu.
Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya. Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.
Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.Chupacabra merupakan haiwan legenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing. Misteri haiwan itu dijangka diselesaikan tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji asid deoksiribonukleik haiwan itu bagi menentukan spesies makhluk tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab