Thursday 28 July 2011

Ismail Faruqi Pilihan Terbaik Galas Tugas Safiq Rahim


ISMAIL Faruqi Ashaari mula beraksi bersama skuad Liga Super Terengganu pada 2007.

ISMAIL Faruqi Ashari harus menjadi pilihan terbaik bagi menjana dan menggerakkan barisan tengah Harimau Malaya selepas kehilangan tonggak berpengaruh dan kapten, Safiq Rahim dalam perlawanan penentuan hidup mati menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 

Walaupun pertama kali menyarung jersi Harimau Malaya ketika menentang Singapura di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, pemain tengah Terengganu itu memperagakan aksi baik ketika digandingkan dengan Safiq sebelum dikeluarkan selepas rehat apabila ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal menukar formasi menggunakan dua penyerang.

Dengan dua lagi pemain tengah, K Gurusamy dan Shakir Ali yang mempunyai gaya bertahan, Ismail yang mempunyai gaya menyerang seperti Safiq pasti menjadi pilihan Rajagobal, apa lagi, ketika skuad negara perlu menyerang untuk mengatasi defisit dua gol.

Ismail Faruqi Ashaari (kiri) ketika beraksi dalam pertemuan pertama dengan singapura

“Saya harap kemunculan pertama di Singapura, Sabtu lalu berakhir dengan kemenangan tetapi kecewa apabila tewas. Saya minta maaf kepada pasukan dan penyokong kerana gagal menyudahkan peluang terbuka ketika berdepan penjaga gol lawan pada babak pertama,” katanya. 

Pemain kelahiran Manir, Terengganu itu bagaimanapun berjanji seandainya diberi tugas menggantikan Safiq, dia akan cuba memberikan yang terbaik untuk menggerakkan bahagian itu. 

“Tugas ini cukup berat kerana bahagian tengah adalah nadi penting, namun sekiranya diturunkan, saya berjanji akan cuba menguasai bahagian itu untuk menggerakkan pasukan. Saya harap diberi peluang kedua bagi menebus kekecewaan lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab