Wednesday 6 July 2011

Landak Ditinggalkan Keluarga Kerana Tiada Duri

Malangnya nasib seekor bayi landak di Norfolk, Virginia. Dia terlahir tanpa duri tajam, yang menjadi ciri khas landak pada umumnya.

Tidak hanya itu, bayi landak itu pun ditinggalkan oleh keluarganya seorang diri.

Betty, landak ini dinamakan oleh seorang anggota pusat penyelamat haiwan.

Doktor spesialis haiwan pun kini sedang meneliti keadaan kulit Betty yang aneh ini.

Betty yang baru berumur enam minggu kini nampak berbeza dan mungkin akan menyeramkan landak-landak lainnya.

Namun, dia pun tidak dapat dilepaskan ke alam kerana kecacatan pada dirinya. Tanpa adanya duri, Betty tidak mampu untuk membela diri terhadap musuh seperti musang dan rubah.

"Keadaan Betty sebenarnya sihat dan semuanya organnya bekerja normal, hanya saja dia tidak berduri," jelas Tonia (47) dari pusat penyelamatan hewan Foxy Lodge, Norfolk, seperti dilansir Dailymail, Selasa (24/5/2011).

"Sehingga kami tidak akan membiarkan Betty hidup bebas di alam kerana dia akan diserang musuhnya. Dia pun akan dijauhi landak lain kerana bentuknya yang aneh. Bahkan dia tidak akan mendapatkan pasangan landak jantan," imbuhnya.

Malangnya Betty, dia akan hidup dengan kesendirian
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab