Saturday 9 July 2011

Lelaki 20 Tahun, Cuba Merogol Nenek 76 Tahun


Seorang lelaki muda berusia 20 tahun di Scotland menumbuk nenek berumur 76 tahun di bahagian kepala, menyeretnya ke tempat tidur dalam usaha untuk merogolnya. Demikian dilaporkan The Sun, Jumaat (3/6/2011).

Lelaki bernama Ryan Lidell dikenakan tuduhan melakukan kekerasan dan cubaan merogol. Liddell, yang bekerja sebagai tukang masak, masuk ke rumah mangsa pada malam hari namun berjaya lari setelah jiran kepada nenek malang itu mendengar bunyi kekecohan dan suara meminta tolong. Kini, nenek malang itu ditempatkan di sebuah rumah jagaan warda tua dan 'menangis sepanjang waktu'.

Liddell, berusia lima tahun, ketika ia ditembak di bahagian lengan dan dada oleh penjenayah gila Thomas Hamilton. Lelaki itu membunuh seorang guru dan 16 kanak-kanak sebelum akhirnya membunuh diri. 

Liddell menderita gangguan tidur dan rasa takut yang teruk. Ia menolak semua tuduhan rogol yang dikenakan. Dari semua mangsa jenayah Hamilton iaitu 16 kanak-kanak, yang terselamat hanyalah Liddell seorang dan nasibnya kini bergantung di muka sidang pengadilan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab