Saturday 9 July 2011

Lelaki Bogel Menguji Kekuatan Angkat Teksi

4http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/03/19/article-1269007800847-08C83831000005DC-502719_636x326.jpg
Cubaan lelaki bogel untuk mengangkat teksi, diperhatikan oleh pemandu teksi dan orang ramai. (Kredit Gambar: Quirky China News/Rex) 


Semuanya bermula apabila seorang lelaki yang berbogel berlari keluar ke jalanraya yang sibuk dan menahan sebuah teksi. Pemandu teksi yang bingung keluar daripada teksinya untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Lelaki bogel itu mencapai bumper hadapan teksinya dan cuba mengangkatnya - tanpa banyak perubahan - daripada tanah.

Sekumpulan orang ramai yang kehairanan mula berkumpul untuk melihat 'persembahan' itu lelaki itu terus meneruskan usahanya untuk mengangkat teksi itu. Saksi-saksi melaporkan bahawa kadang-kadang dia berteriak "tolong beri kekuatan kepada saya!" sambil dia bergelut dengan teksi.

Kejadian aneh itu berlaku di Hefei, wilayah Anhui, timur China.

Polis akhirnya tiba dan mencuba untuk menahan lelaki bagi memaksanya berpakaian semula - tetapi lelaki itu menyorok di bawah van polis dan enggan untuk keluar.

Bagaimanapun dia akhirnya berjaya dipujuk keluar dari bawah van polis oleh pegawai polis dan kakitangan perubatan.

Sumber : www.metro.co.uk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab