Friday 29 July 2011

Malapetaka Menyusul Minit 71

Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

DETIK ke-71 dirumuskan sebagai faktor pemusnah kepada impian besar Harimau Malaya untuk mara buat julung kali ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. 

Keputusan seri itu menyaksikan musuh tradisi itu mara dengan agregat 6-4 selepas Harimau Malaya yang dibimbing Datuk K Rajagobal, tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.
Harapan yang pada mulanya bersinar untuk mara dalam kelompok 20 pasukan elit Asia di pusingan ketiga bagaimanapun terpadam pada minit ke-71 apabila lawan menyamakan kedudukan menerusi Shi Jiayi.

Sebelum itu, harapan Harimau Malaya bersinar selepas Safee Sali yang memakai lilitan lengan bagi menggantikan kapten Safiq Rahim yang digantung, menggamatkan stadium dengan rembatan padu untuk memberikan gol semangat pada minit ke-57. 

Namun, kelalaian benteng yang gagal mengawal pemain naturalisasi itu memusnahkan impian besar itu apabila pemain kelahiran China itu mudah menolak masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. 

Namun pujian harus diberikan kepada Harimau Malaya yang mengerah kudrat untuk membalas dendam kekalahan pada perlawanan pertama. 

Diiringi sorakan padu penyokong setia yang memenuhi stadium, misi Harimau Malaya memburu gol semangat bagaimanapun tidak kesampaian apabila menamatkan saingan 45 minit pertama tanpa sebarang jaringan. 
Malah ketangkasan Khairul Fahmi atau ‘Apek’ sebaliknya memastikan gawang negara tidak dibocori dengan menyelamatkan beberapa ancaman lawan diketuai kuda tua mereka, Aleksander Duric. 

Ini termasuk dua kali menyelamatkan situasi bahaya ketika hanya berdepan Jiayi dan Duric pada minit ke-10 dan ke-15 yang kelihatan dalam kedudukan ofsaid tetapi penjaga garisan tidak mengangkat bendera. 

Satu-satunya peluang keemasan skuad negara hadir pada minit keenam tetapi S Kunanlan yang menerima hantaran Safee memilih merembat terus ke penjaga gol lawan, Mohd Izwan Mahbud. 

1 comment:

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab