Sunday 3 July 2011

'Pintu Neraka' Bakal Beri Kesan Luar Biasa

Yvonne, pengidap barah otak membantu mempromosikan filem Pintu Neraka. 
AMPANG: Biarpun mempertaruhkan barisan muka-muka baru, namun filemberjudul Pintu Neraka terbitan Cahaya Karya Warna Sdn Bhd dijangkabakal memberi impak luar biasa dalam industri filem tempatan.
Penerbit merangkap pelakon utama, Jefri Jefrizal berkata, filem tersebut memiliki kekuatan tersendiri dan mempunyai mesej yang berat untuk disampaikan kepada masyarakat.
"Filem ini bukan filem seram, tetapi mengisahkan tentang kekuatan dalaman dan keimanan seseorang yang berhadapan dengan maut.
"Jalan cerita yang bakal dipamerkan berbeza berbanding filem-filem yang biasa di Malaysia dan saya yakin ia memberi kesan dalam industri filem tempatan," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Pintu Neraka, di sini, Jumaat.
Tambahnya, watak-watak dalam filem tersebut juga mempunyai kekuatan tersendiri walaupun dilakonkan oleh pelakon baru.
"Setiap watak ada kekuatan dan mesej yang disampaikan, semua karakter dalam filem ini adalah penting.
"Saya yakin pelakon-pelakon baru dan lama yang membintangi filem ini dapat membawakan watak yang diberi," jelasnya.
Kata Jefri, pihaknya sedang merancang untuk membawa filem tersebut ke Singapura dan Asia Tenggara.
"Kita mengambil pelakon utama iaitu Raffi Khan yang mana dia popular di Singapura untuk membolehkan filem ini boleh diterima di sana.
"Sementara itu, kami juga merancang untuk memasarkannya di beberapa negara lain," katanya.
Filem ini akan memulakan penggambaran di sekitar Lembah Klang bermula 5 Julai ini dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini.
Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan kongsi gelap yang menghidap kanser dan berhadapan dengan kematian.
Dalam mengharungi sisa-sisa hidupnya, dia berjuang dengan semangat dan penuh keimanan. Dia akhirnya kembali kepada pegangan asal iaitu agama.
Filem ini dibintangi oleh Raffi Khan, Jefri Jefrizal, Fadzlie Rahim, Sherie Merlis, Roshfaizal Ariffin, dan Saddiq Raffali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab