Thursday 14 July 2011

Penganggur Buat Tawaran RM30,205 Jika Berjaya Menangkapnya


MORK ENCICO bergambar di celah pokok dalam promosi tawaran untuk menangkapnya.


BANDAR RAYA SALT LAKE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki dipercayai dari negeri Utah yang menggelarkan dirinya Mork Encino akan mengenakan bayaran AS$10,000 (RM30,205) kepada orang ramai yang berjaya memburu dan menangkapnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berusia 28 tahun itu yang menganggur berkata, dia membuat tawaran aneh tersebut di satu laman web kerana mahu mencari kelainan.
"Saya lebih laju daripada seekor ayam belanda dan pintar seperti babi hutan," kata lelaki tersebut.
Menurutnya, mereka yang berminat untuk memburunya dalam keadaan berbogel pula akan dikenakan bayaran AS$2,000 (RM6,041) lebih mahal.
Pemuda itu menegaskan dia serius berhubung tawaran tersebut tetapi beberapa pakar menyatakan, tawaran itu mungkin palsu selain menyalahi undang-undang AS. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab