Tuesday 12 July 2011

Seni Hebat Model Motorsikal Daripada Ukiran Kayu

Vyacheslav Voronovich, pemuda dari Ukrain berjaya membuat model motorsikal secara detail menggunakan kayu. Dia mula membuat model pada skla 1:12 pada 1 1/2 tahun lepas yang pada mulanya sebagai suka-suka dan bertukar menjadi hobinya.

Dia mula mendapat ilham apabila melihat ada model-model motorsikal dipamerkan di laman web dan mencabar dirinya untuk membuat model seperti tue. Walaupun menghadapi kesukaran pada mulanya, tetapi setelah memilih kayu yang tepat untuk membuat setiap bahagian, semuanya berjalan lancar. Sekarang setiap model terbarunya lebih baik daripda sebelumnya.

Pada masa sekarang dia sudah ada 3 chopper dan 2 replica superbike seperti Honda CBR1000 RR and the Suzuki GSX-R600. Dia sekarang sedang menyiapkan prokek terbarunya iaitu untuk menyiapkan model Honda VT1300 CS Cruiser. Walaupun sekarang dia masih tak mampu nak beli motorsikal superbike macam tue, tapi hasil ukirang dia memang menakjubkan.




















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab