Wednesday 27 July 2011

Suspek Serangan OSLO Hadapi Penjara 30 tahun





Suspek serangan bom kereta dan tembakan rambang Anders Behring Breivik (baju merah) diiringi seorang anggota polis menaiki kereta peronda polis selepas meninggalkan bangunan mahkamah di Oslo, kelmarin. - afp


OSLO 26 Julai - Polis Norway mungkin mendakwa suspek kejadian berkembar di Oslo, Anders Behring Breivik atas tuduhan 'jenayah menentang kemanusiaan' yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.


Dakwaan terbaru ke atas lelaki berusia 32 tahun itu bermaksud dia akan menjalani hukuman penjara lebih lama berbanding 21 tahun yang dihadapinya sekarang atas dakwaan berkaitan keganasan, satu tempoh yang dirasakan rakyat Norway sebagai tidak cukup lama.


Pendakwa raya Christian Hatlo memberitahu akhbar Aftenpostenhari ini, dakwaan baru itu yang dikuatkuasakan mengikut satu peruntukan undang-undang pada 2008, bagaimanapun hanya satu kemungkinan.


"Polis buat masa ini hanya mendakwa suspek atas dakwaan keganasan, tetapi pertuduhan lain juga tidak boleh diketepikan. Cuma, keputusan akhir masih belum ditentukan lagi," katanya.
Sementara itu, polis Norway hari ini akan mengeluarkan senarai penuh nama 68 mangsa yang ditembak mati di pulau Utoya minggu lalu, kata Ketua Polis Oslo, Arnstein Gjengedal kepada stesen penyiar NRK. - AFP/dpa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab