Video Jenazah Penyokong BERSIH Selamat Dikebumikan
Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.
Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.
Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.
Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.
Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.
Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.
Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.
Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.
Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.
Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.
Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.
Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.
Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.
"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.
Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.
"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.
"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.
Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam perkarangan hospital.
Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.
Sehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.
Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam
Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi.
Blog Archive
-
▼
2011
(2735)
-
▼
July
(1065)
- Gambar Yang Boleh Bawa Maut
- Rumah Dihujung Dunia, Seram Atau Cantik?
- Bapa Heret Anak Dari CC Dalam Keadaan Bogel
- 2 Lanun Dihukum 439 Tahun Penjara
- [18SX] Cara Sunat Di Afrika
- 16 Tahun Berkawan Baru Tahu Adik Beradik
- 2 Beranak Miskin Rugi RM24 Juta
- Gambar-Gambar Paling Menyedihkan
- Pertempuran Diantara Burung Dan Kapal Terbang
- Kerugian RM311.5 Juta Dalam Sekelip Mata
- Sultan Brunei Ada 7000 Buah Kereta Mewah
- 10 Fakta Menarik Mengenai Kate Middleton
- Perempuan Ini Sering Dianggap Justin Bieber
- Eskalator Paling Tinggi Didunia
- Bayi Ini Disambar Helang
- Apabila Empangan Air Pecah Di Dubai
- Jenayah Ragut Di Khalayak Ramai Di China
- Aku Juga Punya Nafsu
- Hukuman Kepada Perogol Di Yemen
- Gadis Dipaksa Lari Bogel Kerana Cinta
- Dulu Cuma Pelayan Restoran, Sekarang Jadi Rebutan
- 5 Gambar Yang Menggemparkan Dunia
- Apabila Si Bapak Gajah Mengamuk
- Awas, Ini Adalah Gambar Paling Menjijikkan
- Pencen Di Usia 102 Tahun
- Stesen Minyak Pada Era 1920an
- Tukang Kebun Sumbang USD40,000 Bina Trek
- Nenek Pengsan Lembu Melahirkan Anak Berkepala Dua
- 10 Binatang Yang Paling Ditakuti Manusia
- Cara Mengawal Kelajuan Kenderaan Di Kanada
- Pasangan Yang Meniru Seperti Perkahwinan Putera Wi...
- Doktor Paling Banyak Bedah Payudara Wanita
- Inilah Lelaki Yang Tak Takut Mati
- Nak Bunuh Diri Tapi Tertidur
- Nenek Umur 66 Tahun Dapat Anak Kembar 3
- Jambatan Maut, Anda Berani?
- Muatan Lori Yang Serius Melampau
- Body Builder Terkecil Didunia
- Obor-Obor Sebesar Kereta
- Wanita Ini Layak Digelar Ibu Yang Zalim
- Kezaliman Dalam Bola Sepak
- [Video] Golkeeper Terpantas
- [Video] Tangan Tersangkut Dalam Lubang Tandas
- Gara-Gara Mesin ATM Rosak Lelaki Ini Sanggup Berkh...
- Alat Seks 'Vibrator' Disangka Bom
- Sejarah Lelaki Tertinggi Di Dunia
- Kanak-Kanak Buta Kerana Telur
- Pernah Ke Nail Armstrong Jejakkan Kaki Ke Bulan??
- Ini Adalah Bangunan Tempat Budak Memanjat
- Rumah Orang Pengotor
- Bagaikan Mayat Gergasi Selepas Dibunuh Dan Disimen
- Lelaki Kena Bisa Labah-Labah Tapi Tak Jadi Spiderman
- Panggilan Telefon Bimbit Pertama Didunia
- Gunting Rambut Separuh Bogel
- Download Captain America: The First Avenger (2011)
- Penyanyi Korea, Kim Hyun Joong Datang KL 20 Ogos
- Asyiela Mengaku Popular Kerana 'Upin & Ipin'
- Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, ...
- 'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakim
- 3 Tahun Gunting Dalam Perut Wanita
- Senjata Penyeksaan Pada Pertengahan Abad
- Hidupan Laut Aneh Dijumpai Di Mexico
- Jom Rabakkan Mulut Anda
- Idea Pelik Si Pengusaha Getah
- Besarnya Kuku Dia Ni
- Perempuan Ini Sering Dianggap Justin Bieber
- Makhluk Planet Lain Dijadikan Haiwan Peliharaan?
- Ikan Berbulu Musang
- "Pertahanan Leka" - K.Devan (Pelatih Selangor)
- Datuk Subahan Kamal : Terus Sokong Pasukan Malaysia
- Datuk Ahmad Shabery Cheek : Mengaku Kecewa Dengan ...
- FAM Mohon Maaf Kepada Benayoun
- Kekalahan Jadi Pengajaran - Safee
- "Maafkan saya" - Khairul Fahmi
- [Video] Singa Serang Pelatih
- Pelik, Apa Diatas Jambatan tu??
- Harta Karun Dalam Badan Ikan Pari
- Alat Perubatan Pada Zaman Dahulu
- Binatang Peliharaan Yang Pelik Dan Luar Biasa
- Ayam Yang Tidak Berbulu Di Indonesia
- Pelik, Manusia Ini Berkawan Dengan Cicak
- Ragam Rakyat Malaysia
- Kabel Elektrik Yang Serabut Di Dindia
- Reaksi Awek Yang Pelik
- Hidangan Anjing Panggang Pulak Dah
- Monyet Panggang
- [Video] Lapangan Terbang Ngeri
- Khasiat Zakar Lembu
- Pelik, Lelaki Bertetek?
- Makanan Pelik Lagi Menyelerakan
- Bayi Menjadi Batu Dalam Kandungan
- Bayi 1 Tahun Hamil !
- Kambing 2 kaki Di China
- Bayi Bermuka Dua
- Ulat Besar Dalam Mata
- [Video] Aksi Lipatan Serentak Dari Safee Dan Amiru...
- Gambar Pencuri Dibelasah Akibat Mencuri Telefon Bi...
- Rangka Makhluk Asing Ditemui
- Telur Ayam Terbesar Ditemui
- Katak Dan Ular Menjadi Kawan Ketika Banjir
- Jom Makan Mata Lembu !
- Khairul Fahmi, Elia Sudah Berbaik
- Gambar Mesra Miera Liyana Dan Kekasih
- Zach X-Factor Akan Buat Album Solo Sahut Cabaran S...
- Nera Boleh Bercinta Dengan Lelaki Berlainan Agama
- Norman & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat
- Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy Shanley
- [Video] Disangka Perompak, 2 Remaja Pakistan Dipuk...
- Pertandingan Gusti Wanita Di Bolivia
- Kejamnya Dunia. . .
- Buaya Terlepas Ditemui Di Atas Atap Rumah
- Ular Gergasi Di Sungai Rajang-Sarawak
- Sup China Yang Diperbuat Dari Air Tong Sampah
- Sanggup Beratur Panjang Kerana Donut
- Lingkaran Tapak Kaki Gergasi Misteri Di Sawah Padi
- Pertandingan Ratu Cantik Dari Penjara Wanita Sedunia
- Lori 'ditelan' Lubang Besar
- Gambar Dan Video Sekitar Perlawanan Harimau Vs Sin...
- ‘Jaringan lawan sentap semangat’
- 'Pemain Singapura Pandai Berlakon' - Rajagobal
- Malapetaka Menyusul Minit 71
- Skuad Malaysia Sedih, Perjuangan berakhir
- Apabila Superhero Mempersendakan Islam
- Stadium Bola Jadi Kolam Renang
- Masih Tersenyum Sebelum Hukuman Gantung
- Mayat Berusia 500 Tahun Ditemui
- Guru Bakar Diri Selepas Kirim Sms Pada Muridnya Ya...
- Kereta Bersalut Emas Ditarik Polis
No comments:
Post a Comment