Tuesday 5 July 2011

Web Domain Godaddy Dijual Pada Harga $2.25 Billion USD

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUHwVdNA9U7SYKX6MZ67G-9ntC8_K7iPwawcq58B1Sez-Kvf5pNrFyqFjaDQu9mlNZNtwfP2NkGZUi6wMU9wADxn8DBfMlAxwpiWmrB_14NBBeuLAmH82Re_80OXLJWgKc-lvFB2lXeeE/s400/godaddy+speakasia.jpeg

Syarikat Induk Pendaftaran Domain Gergasi, Godaddy.com telah dijual kepada firma pelaburan pada harga $2.25 billion USD.Pengambilalihan Go Daddy Group Inc. kepada KKR, Silver Lake and Technology Crossover Ventures hadir tatkala syarikat tersebut dijangka mencatat keuntungan $1.1 billion tahun ini disebabkan kepesatan Internet dan keperluan untuk penggunaan domain dan web hosting.
Go Daddy mengumumkan pembilalihan ini pada Jumaat, semalam. Menurut http://www.webhosting.info/registrars/top-registrars/global , Godaddy.com adalah syarikat pendaftaran domain terbesar dunia dengan jumlah pendaftaran domain mencecah 40 juta. Untuk makluman, Godaddy.com juga menawarkan perkhidmatan Webhosting dan Pasar Domain.
The Go Daddy Group Inc. diasaskan pada 1997 oleh Bob Parsons, yang akan terus berkhidmat sebagai CEO. Bob Parsons pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi termasuk pembunuhan gajah di Afrika. Secara peribadi, saya juga kurang menggunakan Godaddy.com disebabkan interface pengguna yang kurang mesra, selain suka mengekploitasi perempuan sebagai bahan promosi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab