Berakhirnya Magika Harry Potter
PADA 14 Julai 2011, semuanya berakhir. Begitulah antara ‘tagline’ yang tertera pada poster sekuel ketujuh dan terakhir, Harry Potter di sana-sini.Mulai semalam, jutaan peminat di seluruh dunia mula membanjiri pawagam untuk menyaksikan kesudahan kisah sekumpulan anak muda yang diketuai Potter, meneruskan misi menghapuskan kuasa Lord Voldemort. Apa yang nyata, sejak 1997, peminat buku karya novelis wanita British, JK Rowling, melihat perjalanan Potter daripada seorang kanak-kanak comel berusia 10 tahun yang kini sudah membesar menjadi remaja kacak.
Ternyata satu perkara yang tidak dapat dipisahkan iaitu Daniel Jacob Radcliffe adalah Harry Potter dan begitulah sebaliknya. Ia sudah sinonim.
Dalam sekuel terakhir (bahagian kedua) yang mula ditayangkan semalam, Potter yang kekal dengan imej kaca mata bulatnya itu masih bersama lagi rakannya, Hermione Granger (Emma Watson) dan Ron Weasley (Rupert Grint) menentang ancaman yang menghantui diri serta sekolah magis mereka, Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.
Peminat pasti teruja dan tertunggu-tunggu bagaimana filem ini akan berkesudahan. Apakah juga yang terjadi kepada semua watak itu?
Fenomena Harry Potter bermula pada 1997 apabila novel pertama dihasilkan Rowling dengan judul Harry Potter and the Philosopher’s Stone (kemudian ditukar kepada Harry Potter and the Sorcerer’s Stone bagi versi filem).
Buku itu nyata mendapat sambutan hangat dan seterusnya disambung lagi sehingga tujuh siri. Sehingga Jun 2011, buku siri Harry Potter berjaya dijual kira-kira 450 juta naskhah dan dialihbahasakan dalam 67 bahasa.
Sejak awal filem pertama lagi, Radcliffe yang kini berusia 21 tahun, sudah mendaki populariti. Kejayaan filem ini mengaut keuntungan AS$976 juta daripada kutipan tayangan seluruh dunia memberi petanda, Harry Potter ada masa depan yang cerah buat Radcliffe. Malah Harry Potter adalah filem bersiri paling tinggi kutipannya dalam sejarah perfileman di Hollywood.
Kejayaan siri pertama ini mendorong penerbitan tujuh sekuel seterusnya iaitu pada 2002, 2004, 2005, 2007, 2009 dan 2010 manakala terbaru, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 kembali menemui penonton ketika ini.
Menyingkap perjalanan Radcliffe dalam bidang lakonan, dia mula terbabit dalam program TV bersama David Copperfield pada usia 10 tahun. Selepas itulah dia muncul dalam filem sulung, The Tailor of Panama dan ditawarkan membuat uji bakat oleh produser filem Harry Potter, David Heyman.
Berbeza dengan kejayaan tujuh filem Harry Potter sebelum ini, sekuel terakhir terbaru meninggalkan emosi mendalam kepada setiap peminat setia Harry Potter yang mahu mencari serta menghapuskan senjata sihir milik Lord Voldemort yang dikenali sebagai Horcrux.
Pertembungan antara Voldemort dengan Potter pada penghujung babak menjadi klimaks yang begitu dinantikan.
Apa yang menarik, dengan selesainya pengembaraan Harry Potter, Radcliffe memberi kenyataan mengejutkan apabila mahu memilih fokus baru iaitu kerjaya sebagai ahli arkeologi.
“Memang sedih kerana perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Potter, namun saya juga bersemangat melihat masa depan yang bakal ditempuh.
“Sejak dulu saya banyak menonton siri Discovery Channel dan mula membuat pertimbangan untuk mengikuti kursus di sebuah universiti kerana saya berasa sangat seronok dengan bidang arkeologi,” katanya.
Namun ramai hairan apabila Radcliffe tidak hadir pada sesi bergambar bersama media ketika tayangan perdana filem itu berlangsung di London, baru-baru ini, seolah-olah dia tidak menghormati watak itu yang menaikkan namanya selama ini.
Bagaimanapun, Radcliffe muncul juga selepas itu dan memberi alasan dia terbabit menjayakan pementasan Broadway berjudul How to Succeed in Business Without Really Trying.
Situasi turut menjadi tegang apabila pihak produksi dikatakan tidak gembira dengan Radcliffe selepas aktor itu bercerita masalah penagihan alkohol yang dihadapinya sebelum ini.
Dia mengakui meninggalkan tabiat buruk itu sejak Ogos lalu dan berazam tidak mahu mengulanginya.
Dalam satu temu bual, Radcliffe berkata, faktor tekanan menjadi insan terkenal dan menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti membuatkan dia terjebak dengan pengambilan alkohol.
“Saya bergantung kepada alkohol untuk menghiburkan diri. Beberapa tahun lalu, saya melalui kehidupan baru penuh glamour yang masih tidak serasi dengan kehidupan sebenar saya,” katanya yang mengambil alkohol ketika membintangi sekuel keenam, Harry Potter and The Half-Blood Prince.
Hasrat Radcliffe untuk berubah juga dapat dilihat apabila dia lebih suka menghabiskan masa bersama teman wanita di rumah berbanding pergi ke majlis keramaian.
“Saya sebenarnya gembira bersama kekasih dan menghabiskan masa bersamanya. Walaupun dulu saya suka ke majlis keramaian dan minum, ia tidak lagi berlaku sekarang.
“Saya pernah menghadapi kegagalan dan atas faktor itu, saya lebih rela duduk di rumah dan bercakap dengan seseorang yang boleh membuatkan saya ceria,” jelasnya.
Dalam satu wawancara lain, Radcliffe sebaliknya menyatakan dia gembira sepanjang membintangi filem baru ini.
“Saya juga tidak pernah mengambil alkohol ketika di set penggambaran,” katanya.
Dalam pada itu, Radcliffe berkata, dia masih tidak percaya sekuel Harry Potter sudah berakhir. Ketika tayangan perdana di London, rakannya Emma Watson turut menitiskan air mata kerana sebak.
“Saya bangga dengan filem ini. Ia memiliki banyak kenangan pahit manis,” katanya.
SIRI FILEM HARRY POTTER:
1. Harry Potter and the Sorcerer’s Stone (2001) 2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002) 3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004) 4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005) 5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007) 6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009) 7. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 (2010) 8. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 (2011)
Blog Archive
-
▼
2011
(2735)
-
▼
July
(1065)
- Gambar Yang Boleh Bawa Maut
- Rumah Dihujung Dunia, Seram Atau Cantik?
- Bapa Heret Anak Dari CC Dalam Keadaan Bogel
- 2 Lanun Dihukum 439 Tahun Penjara
- [18SX] Cara Sunat Di Afrika
- 16 Tahun Berkawan Baru Tahu Adik Beradik
- 2 Beranak Miskin Rugi RM24 Juta
- Gambar-Gambar Paling Menyedihkan
- Pertempuran Diantara Burung Dan Kapal Terbang
- Kerugian RM311.5 Juta Dalam Sekelip Mata
- Sultan Brunei Ada 7000 Buah Kereta Mewah
- 10 Fakta Menarik Mengenai Kate Middleton
- Perempuan Ini Sering Dianggap Justin Bieber
- Eskalator Paling Tinggi Didunia
- Bayi Ini Disambar Helang
- Apabila Empangan Air Pecah Di Dubai
- Jenayah Ragut Di Khalayak Ramai Di China
- Aku Juga Punya Nafsu
- Hukuman Kepada Perogol Di Yemen
- Gadis Dipaksa Lari Bogel Kerana Cinta
- Dulu Cuma Pelayan Restoran, Sekarang Jadi Rebutan
- 5 Gambar Yang Menggemparkan Dunia
- Apabila Si Bapak Gajah Mengamuk
- Awas, Ini Adalah Gambar Paling Menjijikkan
- Pencen Di Usia 102 Tahun
- Stesen Minyak Pada Era 1920an
- Tukang Kebun Sumbang USD40,000 Bina Trek
- Nenek Pengsan Lembu Melahirkan Anak Berkepala Dua
- 10 Binatang Yang Paling Ditakuti Manusia
- Cara Mengawal Kelajuan Kenderaan Di Kanada
- Pasangan Yang Meniru Seperti Perkahwinan Putera Wi...
- Doktor Paling Banyak Bedah Payudara Wanita
- Inilah Lelaki Yang Tak Takut Mati
- Nak Bunuh Diri Tapi Tertidur
- Nenek Umur 66 Tahun Dapat Anak Kembar 3
- Jambatan Maut, Anda Berani?
- Muatan Lori Yang Serius Melampau
- Body Builder Terkecil Didunia
- Obor-Obor Sebesar Kereta
- Wanita Ini Layak Digelar Ibu Yang Zalim
- Kezaliman Dalam Bola Sepak
- [Video] Golkeeper Terpantas
- [Video] Tangan Tersangkut Dalam Lubang Tandas
- Gara-Gara Mesin ATM Rosak Lelaki Ini Sanggup Berkh...
- Alat Seks 'Vibrator' Disangka Bom
- Sejarah Lelaki Tertinggi Di Dunia
- Kanak-Kanak Buta Kerana Telur
- Pernah Ke Nail Armstrong Jejakkan Kaki Ke Bulan??
- Ini Adalah Bangunan Tempat Budak Memanjat
- Rumah Orang Pengotor
- Bagaikan Mayat Gergasi Selepas Dibunuh Dan Disimen
- Lelaki Kena Bisa Labah-Labah Tapi Tak Jadi Spiderman
- Panggilan Telefon Bimbit Pertama Didunia
- Gunting Rambut Separuh Bogel
- Download Captain America: The First Avenger (2011)
- Penyanyi Korea, Kim Hyun Joong Datang KL 20 Ogos
- Asyiela Mengaku Popular Kerana 'Upin & Ipin'
- Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, ...
- 'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakim
- 3 Tahun Gunting Dalam Perut Wanita
- Senjata Penyeksaan Pada Pertengahan Abad
- Hidupan Laut Aneh Dijumpai Di Mexico
- Jom Rabakkan Mulut Anda
- Idea Pelik Si Pengusaha Getah
- Besarnya Kuku Dia Ni
- Perempuan Ini Sering Dianggap Justin Bieber
- Makhluk Planet Lain Dijadikan Haiwan Peliharaan?
- Ikan Berbulu Musang
- "Pertahanan Leka" - K.Devan (Pelatih Selangor)
- Datuk Subahan Kamal : Terus Sokong Pasukan Malaysia
- Datuk Ahmad Shabery Cheek : Mengaku Kecewa Dengan ...
- FAM Mohon Maaf Kepada Benayoun
- Kekalahan Jadi Pengajaran - Safee
- "Maafkan saya" - Khairul Fahmi
- [Video] Singa Serang Pelatih
- Pelik, Apa Diatas Jambatan tu??
- Harta Karun Dalam Badan Ikan Pari
- Alat Perubatan Pada Zaman Dahulu
- Binatang Peliharaan Yang Pelik Dan Luar Biasa
- Ayam Yang Tidak Berbulu Di Indonesia
- Pelik, Manusia Ini Berkawan Dengan Cicak
- Ragam Rakyat Malaysia
- Kabel Elektrik Yang Serabut Di Dindia
- Reaksi Awek Yang Pelik
- Hidangan Anjing Panggang Pulak Dah
- Monyet Panggang
- [Video] Lapangan Terbang Ngeri
- Khasiat Zakar Lembu
- Pelik, Lelaki Bertetek?
- Makanan Pelik Lagi Menyelerakan
- Bayi Menjadi Batu Dalam Kandungan
- Bayi 1 Tahun Hamil !
- Kambing 2 kaki Di China
- Bayi Bermuka Dua
- Ulat Besar Dalam Mata
- [Video] Aksi Lipatan Serentak Dari Safee Dan Amiru...
- Gambar Pencuri Dibelasah Akibat Mencuri Telefon Bi...
- Rangka Makhluk Asing Ditemui
- Telur Ayam Terbesar Ditemui
- Katak Dan Ular Menjadi Kawan Ketika Banjir
- Jom Makan Mata Lembu !
- Khairul Fahmi, Elia Sudah Berbaik
- Gambar Mesra Miera Liyana Dan Kekasih
- Zach X-Factor Akan Buat Album Solo Sahut Cabaran S...
- Nera Boleh Bercinta Dengan Lelaki Berlainan Agama
- Norman & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat
- Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy Shanley
- [Video] Disangka Perompak, 2 Remaja Pakistan Dipuk...
- Pertandingan Gusti Wanita Di Bolivia
- Kejamnya Dunia. . .
- Buaya Terlepas Ditemui Di Atas Atap Rumah
- Ular Gergasi Di Sungai Rajang-Sarawak
- Sup China Yang Diperbuat Dari Air Tong Sampah
- Sanggup Beratur Panjang Kerana Donut
- Lingkaran Tapak Kaki Gergasi Misteri Di Sawah Padi
- Pertandingan Ratu Cantik Dari Penjara Wanita Sedunia
- Lori 'ditelan' Lubang Besar
- Gambar Dan Video Sekitar Perlawanan Harimau Vs Sin...
- ‘Jaringan lawan sentap semangat’
- 'Pemain Singapura Pandai Berlakon' - Rajagobal
- Malapetaka Menyusul Minit 71
- Skuad Malaysia Sedih, Perjuangan berakhir
- Apabila Superhero Mempersendakan Islam
- Stadium Bola Jadi Kolam Renang
- Masih Tersenyum Sebelum Hukuman Gantung
- Mayat Berusia 500 Tahun Ditemui
- Guru Bakar Diri Selepas Kirim Sms Pada Muridnya Ya...
- Kereta Bersalut Emas Ditarik Polis
No comments:
Post a Comment