Friday 15 July 2011

Kereta Lama Kate Middleton Bernilai RM150,000



LONDON: Kereta yang pernah digunakan oleh Putera William dan Kate Middleton ketika mereka bercinta di universiti kini dilelong menerusi eBay.
Bidaan untuk kereta Volkswagen Golf, yang dibeli Kate pada harga $10,000 (RM50,000) pada 2001, bermula pada $20,000 (RM100,000).

Kereta 1.4 liter itu mencatatkan perjalanan sejauh 99 kilometer dan digunakan oleh Kate ketika bekerja untuk Jigsaw di London dan ketika di Universiti St Andrews bersama William.


Ia juga terkenal kerana pernah disaman kerana kesalahan parkir di Chelsea pada 2007.

Kenderaan empat pintu itu diserahkan kepada adik Kate, James, pada tahun berkenaan, beberapa bulan sebelum Kate dan William dilapor memutuskan hubungan.


Khabar angin menyatakan Kate mahu memusnahkan apa saja yang ada kenangan antaranya dengan William.



Pemilik kereta itu ketika ini, Sonny Brazil, yang membeli kereta itu dengan harga $1,400 (RM7,000) pada 2009 berkata: “Saya mengunjungi sebuah pusat lelong beberapa minggu lalu dan diberitahu, harga kereta itu boleh mencecah $30,000 (RM150,00) kerana nama yang ada pada gerannya.

Brazil, 21, berkata, dia menjumpai kafling perak dalam kereta itu selepas membelinya.



“Saya tidak pasti pemiliknya. Ia mungkin milik William atau James,” katanya.

“Sungguh menakjubkan saya membayar $1,400 (RM7,000) untuk memiliki kereta itu dan kini nilainya jauh lebih mahal. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab