Saturday 9 July 2011

Insiden Piala Bola Sepak Terjatuh Dari Bas Berulang



AMSTERDAM - Masih ingat insiden trofi Raja Sepanyol terjatuh ketika meraikan kemenangan Real Madrid? Kini kejadian serupa berulang kembali, kali ini ia berlaku kepada kelub Belanda Ajax Amsterdam.

Penjaga gol utama Ajax Maarten Stekelenburg telah menjatuhkan trofi yang dimenangi Ajax dengan itu. Dalam hal menangkap bola, penjaga gol kebangsaan Belanda itu memang orangnya. Namun, ternyata Stekelenburg tidak cukup cekap dalam menyelamatkan trofi Eredivisi dari bumbung bas.

Menurut laporan Reuters, saat itu terjadi ketika para pemain Ajax dan para pegawai diarak mengelilingi kota Amsterdam dengan menggunakan bas, Isnin (16/5/2011). Kemudian, secara tidak sengaja Stekelenburg menjatuhkan trofi Eredivisi itu dari bumbung bus.

Dalam tayangan video yang beredar, kelihatan Stekelenburg tidak menyedari bahawa ada kabel yang melintang di atas bas ketika ia menjulang trofi ke atas. Akhirnya, trofi itu terkena kabel dan terjatuh.

Para penduduk kota yang menyaksikan insiden itu tersentak dan ketawa lebar. Bahkan, ada seorang penonton yang nekad mengambil trofi yang terjatuh itu dan kemudian membawanya lari sepanjang jalan. Nasib baik, pihak polis akhirnya berjaya merampas kembali trofi itu.

Pihak polis berjaya menghalang peminat ini melarikan trofi yang terjatuh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab