Saturday 23 July 2011

Rihanna Tak Seberani Lady Gaga


Rihanna
KEBELAKANGAN ini, imej pakaian Rihanna sering menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi tentang sisi seksi yang ditampilkannya.
Bagaimanapun, Rihanna mengakui dia belum mempunyai keberanian seperti penyanyiBorn This Way, Lady Gaga.
Rihanna mengakui bahawa gemar berpakaian yang boleh menimbulkan kontroversi sama seperti Gaga tetapi tidak bererti dia bersedia mengenakan kostum aneh termasuklah cara pemakaian Gaga yang memakai kostum daging pada majlis MTV VMA 2010.
"Apa yang ditampilkan oleh Gaga sangat mengagumkan tetapi saya tidak mampu melakukannya.
"Pemakaian saya di pentas sama sahaja seperti pemakaian saya ketika beriadah. Rasanya, saya belum ada keberanian untuk tampil dengan kostum gelembung atau yang diperbuat daripada daging," kata penyanyi California King Bed.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab