Saturday 9 July 2011

Wanita Terjun Dari Tingkat 23 Dan Selamat

BUENOS AIRES, Argentina — Saksi yang melihat kejadian ini telah menyaksikan bagaimana seorang wanita terjun dari tingkat 23 sebuah hotel di Buenos Aires semalam dan masih hidup.

Wanita itu jatuh dalam keadaan duduk di atas bumbung sebuah teksi ketika pemandunya keluar sebelum bumbungnya kemek dan cermin hadapannya pecah berderai.

Wanita Argentina 30 tahun itu, dikejarkan ke Hospital Argerich dan telah menjalani pembedahan untuk kecederaan pendarahan dalaman serta pinggul dan tulang rusuk yang patah, menurut Alberto Crescenti, Pengarah Emergency Medical System Argentina. Wanita ini dianggarkan jatuh pada ketinggian hampir 100 meter.


Pemandu teksi, yang bernama Miguel, berkata dia melihat seorang anggota polis mendongak untuk melihat ke atas lalu menyebabkannya keluar sebelum kereta yang dipandunya remuk kerana wanita itu.

Seorang lagi pemandu teksi, Juan Carlos Candame, memberitahu Associated Press dia melihat wanita itu memanjat melepasi palang penghadang dan melompat.

Wanita itu terjun dari atas Hotel Crown Plaza Panamericano , sebuah restoran yang menjadi mercu tanda Obelisk di pusat bandar Buenos Aires.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab