Friday 29 July 2011

Bapa Mentua Tak Maafkan Jimmy Shanley


Kenyataan Jimmy Shanley berhubung pembatalan majlis cukur jambul anak perempuannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan terbitan Ahad lalu (24 Julai) menimbulkan kemarahan bapa dan ibu mentuanya.

“Jujurnya, saya tidak maafkan dia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Nama saya tercemar sehinggakan saya jadi malu dengan kawan-kawan yang bertanyakan kesahihan sama ada majlis cukur jambul cucu saya jadi atau tidak.

“Bila ramai yang bertanya, saya jadi terkejut kerana majlis yang dirancang akan dilaksanakan dan dia sendiri tahu majlis ini akan dibuat pada 27 Julai.

“Bila itu terjadi, saya jadi sangat marah dengan tindakannya. Pada saya, jadi atau tidak majlis tersebut tidak perlu keluarkan kenyataan. Bukannya kita jemput satu stadium. Apa motif dia untuk keluarkan kenyataan sedemikian. 

Ini adalah majlis saya,” luah Datuk Suhaimi yang ditemui seusai majlis cukur jambul dua orang cucunya pada malam semalam.

Bagi ibu mentuanya yang dianggap sebagai orang yang paling rapat dengan Jimmy menjelaskan;

“Memang Jimmy merancang untuk mengadakannya pada 23 Julai lalu. Tetapi, suami saya beritahu yang dia tidak boleh kerana ada mesyuarat dengan stokis. Justeru, Jimmy sendiri yang berikan tarikh 27 Julai kerana dia kata hanya hari Rabu dan Khamis sahaja dia ‘free’.

“Agak terkejut bila dia cakap majlis ini tidak jadi. Itu yang saya dan suami marah sangat. Apabila saya hubungi dan bertanyakan hal berkenaan kepadanya, dia tidak jawab pun. Kalau dia cakap dia tidak tahu menahu soal majlis ini, dia tipu. Malah, sebelum majlis ini berlangsung pada sebelah petangnya saya ada ingatkannya.”

sumber : ohbulan.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab