Monday 18 July 2011

[GILA] Emak Cuba Jual Dua Anaknya Di eBay


SYDNEY – Seorang wanita dari Victoria, Australia, diselidiki setelah ketahuan kalau dia berniat untuk menjual dua anaknya yang masih kecil di internet, kepada penawar tertinggi.

Seperti yang dikutip dari ABC News, (17/7/2011), pihak polis minggu lalu dipanggil ketika seseorang di eBay menawarkan dua orang anak untuk dijual.

Wanita yang tidak disebutkan namanya tersebut menjual putra serta putrinya, yang masih berusia di bawah 10 tahun, kepada penawar tertinggi di eBay.

Ketika polis menyiasatnya, wanita tersebut mengatakan kepada mereka bahawa dia hanya bergurau Namun Bill Muehlenberg dari Family Council wilayah Victoria, mengatakan bahawa yang hendak wanita tersebut lakukan adalah serius.

“Anak-anak di usia ini, masih berusaha mencari identitimereka. Tindakan penjualan anak ini jelas akan berimpak negatif pada pencarian identiti diri mereka serta orang tua mereka,” ujar Muehlenberg.

Juru cakap pihak polis mengatakan bahawa kenya masih diselidiki. Wanita itu sendiri masih berusaha melepaskan diri dari tuduhan tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab