Saturday 9 July 2011

Lelaki Ditahan Kerana Makan Anak Tikus

article-2006684-0CACD1C800000578-850_468x308.jpg (468×308)
Ngeri ... Andy Harris memakan 'anak ikus'

Lelaki ini telah didakwa kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas muncul videonya di dalam Facebook memakan anak tikus hidup-hidup.

Rakaman ngeri itu menunjukkan Andy Harris, 31, meletakkan tikus yang masih belum berbulu dalam mulutnya sebelum mengunyah dan menelan.

Beliau kemudian dilihat menelan haiwan tersebut sambil menghirup minuman besar melalui straw.

article-2006684-0CACD21200000578-127_468x286.jpg (468×286)
Kejam ... anak tikus yang dimakan di dalam rakaman Facebook.


Badan kebajikan haiwan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) telah memaklumkan kepada polis tentang rakaman itu selepas menerima banyak aduan.

Martin Mersereau dari PETA berkata pihak berkuasa tempatan telah menemui Harris dan menahannya.

Harris, daripada Tooele, Utah, Amerika Syarikat, mengaku tidak bersalah terhadap penyeksaan haiwan dan kini sedang menghadapi perbicaraan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab