Monday 1 August 2011

Muslim Ahmad Tekad Julang Skuad Olimpik


MUSLIM (kanan) menerima tunjuk ajar daripada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal untuk menghadapi Singapura, baru-baru ini.
MUSLIM (kanan) menerima tunjuk ajar daripada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal untuk menghadapi Singapura, baru-baru ini.
TONGGAK skuad Olimpik negara, Muslim Ahmad bertekad memberi persembahan terbaik dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik, peringkat kumpulan walaupun sedar betapa saingan sengit yang bakal diterima. 

Malaysia akan berdepan ‘gelora’ daripada gergasi Asia, Jepun, Bahrain dan Syria dalam saingan Kumpulan C.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi dalam pusingan kelayakan kerana sedar akan menerima saingan hebat daripada ketiga-tiga pasukan berkenaan, khasnya Jepun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Apapun, Muslim akur dia banyak belajar selepas diberi peluang beraksi bersama skuad senior negara dalam kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini. 

“Semua pengalaman ini akan saya guna sebaik-baiknya membantu pasukan Olimpik kita mencapai kejayaan dalam pusingan kelayakan Olimpik kali ini,” katanya. 

Dia turut percaya latihan sebulan di Slovakia yang sudah bermula akan menjadi persediaan awal sebelum memulakan aksi pusingan kelayakan nanti. 

Muslim yang menjadi tonggak utama skuad negara ketika menjulang Piala AFF Suzuki, tahun lalu bagaimana pun tidak mahu meletakkan sebarang sasaran dalam saingan kali ini. 
“Selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan termasuk kalah tipis 0-1 kepada Chelsea, saya yakin dengan kemampuan barisan pertahanan skuad Olimpik. Bagaimana pun, saya dan rakan sepasukan akan bermain bersungguh-sungguh dan diharapkan kita mampu untuk mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab