Friday 5 August 2011

Bagaimana Cara Membaiki Kapal Selam?

USS San Francisco (SSN-711) ialah sebuah kapal selam bertenaga nuklear dari kelas Los Angeles milik Tentera Laut Amerika. Pada 8 Januari 2005 , USS San Fran berlaga dengan sebuah gunung bawah laut pada kedalaman 150 meter. Kejadian berlaku 675 KM dari Guam dan akibat dari pelanggaran ini bahagian hadapan kapal selam musnah teruk dan ianya hampir karam. Hanya reaksi pantas oleh kapten dan anak kapal berjaya menyelamatkan San Francisco dari menjadi keranda besi mereka. 


Kemalangan berlaku kerana posisi gunung bawah laut tidak diletakkan pada peta yang didalam kapal selam. Sungguhpun begitu Komander Kevin Mooney dilucutkan jawatan sebagai kapten kapal apabila pihak penyiasat tentera laut mendapati beliau melakukan beberapa kesalahan yang mengakibatkan kemalangan berlaku. Seorang sahaja kelasi mati akibat kecederaan kepala manakala 15 lagi cedera. Selepas kemalangan San Franciso ditunda ke Guam untuk di baik pulih namun kerosakan terhadap kubah sonarnya jauh lebih buruk dari disangka. Bahagian depan San Franciso dibaiki sekadar membenarkan ia pulang ke pengkalan tentera laut di Pugent. 


Disana San Franciso menanti pembaikan sehingga Jun 2006. Pihak tentera laut kemudian memutuskan untuk menggantikan bahagian depan San Franciso dengan bahagian depan USS Honolulu yang bakal ditamatkan perkhidmatan. Kos pembaikian menelan belanjan USD 79 juta dan lebih satu juta paun bahagian hadapan San Francisco dibuang dan digantikan dengan "hidung" baru dari USS Honolulu. Kapal Selam ini kembali beroperasi pada October 2008 dan akan kekal aktif sehingga 2017 apabila reaktor nuklearnya perlu digantikan. By then kapal selam kelas Los Angeles sudah digantikan dengan kapal selam kelas Virginia yang jauh lebih moden.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab