Friday 5 August 2011

Budak 12 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup


Cristian Fernandez


Pendakwa raya di Miami mahu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi. Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: “Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini.” Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun. Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu. David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya. Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya. Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya.


P/s: Bagaimana budak ini comel ini menjadi ganas? Lihat persekitaran hidupnya, lihat juga pengaruh media di AS. Jika kes rogol melibatkan budak semuda 9 tahun sudah wujud di negara ini, jangan terkejut jika budak seusia Cristian ini didapati bersalah membunuh kejam di negara ini suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab