Thursday 4 August 2011

Dirantai 6 Tahun Kerana Disampuk Jin Betina

Ini kisah sampuk menyampuk. Seorang pemuda berumur 29 tahun yang hanya dikenali sebagaiTurki dirantai dibasement rumah orang tuanya sejak 6 tahun lalu. Mengikut cerita si bapa belai terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menahan amokkan anaknya yang disampuk jin.


Turki mula meracau-racau 6 tahun yang lalu. Risau dengan fenomena aneh yang dirasainya akibat perbuatan makhlus halus, bapa Turki membawanya berubat dengans seorang ustaz. Ketika sedang berubat Turki meracau teruk dan mula bercakap dengan suara wanita. Dengan nada marah suara wanita tadi mengaku dirinya ratu jin dan hanya akan melepaskan Turki sekiranya dia mati.

Ustaz tadi menggelabah dengan kedegilan jin betina ini. Apabila gagal mengubati Turki si ustaz menasihatkan supaya Tuki dirantai kepada katil. Kesian dowh.

Menurut si bapa lagi beliau juga pernah disampuk entiti yang sama ketika beliau masih kecil. Beliau mengesyaki yang entiti ini berpindah ke badan Turki kerana dia lebih muda. Maka terantailah Turki dikatilnya selama 6 tahun hingga seorang professor dan aktivis hak asasi manusia datang melawat beliau. Apabila Quran dibacakan si professor Turki meracau-racau dengan suara wanita yang mendakwa dirinya ratu jin.

The weird thing about all this? Turki tinggal di kota mekah. Dekat mekah pun ada ratu jin kah?

Laporan asal Daily Mail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab