Tuesday 9 August 2011

Faezah Elai Nikah 9 September, Tapi . . .

Pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah merupakan calon yang disebut-sebut sebagai suami kepada pelakon Faezah Elai. Dalam kenyataan Faezah kepada media, dia taknak mengaku siapa calon suaminya, Faezah juga hanya bermadah-madah seperti memberikan 'hint' untuk meneka dan mencari siapa calon suaminya. Namun media sepertinya tidak lah sekuno itu kot, sebab dunia seni Malaysia tak lah sebesar dunia seni Bollywood dan Hollywood kan. Kan lebih baik berterus terang benda baik juga, habis cerita. Hehe. 




Heykal
“Insya-Allah saya akan bernikah pada hari Jumaat 9 September depan dengan seorang ahli perniagaan bernama Muhammad,” kata Faezah.

Faezah juga memberikan gambaran yang lelaki yang bakal menjadi suaminya nanti terlibat dalam perniagaan yang melibatkan penggambaran drama dan filem dan berasal dari Utara juga.

"Saya jatuh cinta dengannya sebab dia faham karier dan jiwa saya. Dia orangnya simple, merendah diri, sangat kelakar dan mengambil berat. Kulitya kuning langsat dan ada misai sikit," Faezah meneruskan gambaran lelaki yang mahu menjadi suaminya.

Heykal juga memiliki misai sebagaimana yang digambarkan dan berkulit sedikit gelap. Namun sehingga hari ini Faezah belum lagi menghantar kad undangan kepada media. Penjelasan tersebut menguatkan tanggapan yang Heykallah orang yang dimaksudkan, namun dia sendiri enggan membuka mulut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab