Friday 12 August 2011

Gila, Bapa Jual Anak di Bahu Jalan


Untuk di jual....budak lelaki yang ketakutan ini diikat pada sebuah tiang lampu.

Seorang ayah telah merantai anak lelakinya yang berusia lapan tahun pada sebuah tiang lampu dan cuba melelong anaknya kepada orang awam.

Yong Tsui menawarkan anaknya yang dalam keadaan ketakutan sebagai seorang hamba abdi kerana beliau mahu lepas daripada menyaranya.

Dia memasang sebuah meja dengan papan tanda, berikan nama dan umur serta lihatlah kemampuannya untuk berkerja keras.


Pejalan kaki yang marah dengan tindakan ini mula menyerang bapa kanak-kanak malang itu.

Tetapi apabila pembida-pembida mula bertanyakan berapa banyakkah budak lelaki ini makan dalam sehari, pemerhati yang marah mula menyerang bapa kanak-kanak malang itu.

Budak lelaki itu kini di bawah penjagaan pihak Polis di Wuhan, China.

Yong berkata ibu budak lelaki itu telah mati tiga tahun yang lalu dan dia tidak mampu untuk menjaganya.

Seorang pegawai berkata: "Bapanya tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tidak menpunyai tempat tinggal dan wang. Dia kata dia menjual anaknya bukan kerana wang tetapi hanya untuk mencari tempat tinggal bagi anaknya itu."

Yong juga berkata dia terpengaruh dengan berita seorang kanak-kanak Cina berumur dua tahun yang berada dalam penjagaan pihak berkuasa selepas ibu bapanya merantai anaknya ketika mereka bekerja.

Sumber : The Sun

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab