Thursday 4 August 2011

Harimau Malaya Bakal Menentang Indonesia


PETALING JAYA - Oman secara mengejut membatalkan aksi persahabatan antarabangsa di sana antara 8 hingga 10 Ogos ini sekali gus meninggalkan Harimau Malaya kini cuma memiliki Indonesia sebagai lawan.


Ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal mengesahkan pembatalan itu selepas diberitahu sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menerima surat rasmi, semalam tetapi yakin akan mendapat satu lagi pasukan pengganti.
"Oman mungkin mempunyai komitmen lain lalu membatalkannya tetapi saya yakin ada pasukan lain yang telah layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 mahu mengadakan persahabatan dan inilah peluang bagi pasukan kita.


"Mungkin pasukan itu ialah kalangan mereka yang sudah diundi sekumpulan dengan Singapura, Thailand dan Indonesia yang mahu menilai awal kemampuan dan tahap lawan dari rantau Asia Tenggara," katanya di Wisma FAM, semalam.
Dalam siaran media FAM semalam, anak buah Rajagobal cuma disahkan menentang Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Sabtu.


Mengenai cadangan supaya penasihat atau pengarah taktikal dilantik membantu tugas jurulatih kebangsaan ekoran aksi tidak konsisten Harimau Malaya, katanya, "jika ia satu pandangan yang baik, biarlah pengurusan FAM sebagai majikan yang menentukannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab