Thursday, 4 August 2011

Hebat, Datuk 81 Tahun Tumpaskan 8 Samseng


HONG KONG: Seorang warga emas berusia 81 tahun di bandar raya ini menumpaskan sekumpulan samseng remaja yang cuba merompaknya, kata polis, semalam. Lapan remaja ditahan dengan sesetengahnya memerlukan rawatan di hospital.

Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Mark itu diserang kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 15 hingga 19 tahun di terowong pejalan kaki kira-kira jam 4 pagi. Ketika itu, Mark dalam perjalanan untuk melakukan senaman pagi apabila dia diserang dari belakang. 

“Mereka menolak lelaki tua itu ke tanah dan cuba merompaknya. Namun, dia melawan kembali dan kumpulan itu melarikan diri tanpa mendapat apa-apa,” kata jurucakap polis. Kumpulan samseng remaja itu yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan cedera ringan selepas lelaki terbabit melawan. - AFP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab