Tuesday, 9 August 2011

Hebat, Sun Chao Membina Basikal Daripada 10,000 Batang Kayu Aiskrim

Seorang pemuda di China membina sebuah basikal yang dibina daripada 10,000 batang kayu aiskrim. Sun Chao mengambil masa kira-kira 4 bulan untuk menyiapkan basikal tersebut dan dia tidak menyesal menghabiskan masa selama tue kerana basikalnya adalah satu-satunya di dunia yang diperbuat daripada batang aiskrim.

Bersaiz 1.5m panjang, 0.55m lebar, 0.95m tinggi dan seberat 25 kg, basikalnya lebih kecil daripada basikal biasa tapi masih boleh ditunggang. Walaupun hanya dibuat daripada batang aiskrim, basikal tersebut dapat menampung berat Sun Chao yang seberat 90kg tanpa sebarang masalah.

Basikal tersebut dibina daripada batang aiskrim kecuali pada bahagian rantai dan bearing. Dia mula mendapat ilham ketika berusia 12 tahun dulu apabila dia melihat di TV ada orang yang membuat model kapal daripada batang aiskrim. Dia mula mencipta barangan daripada batang aiskrim dan barang pertama yang diciptanya adalah sebuah meja kecil.

Dia sudah menghantar permohonan kepada World Guinness Book of Records tetapi masih menanti pengiktirafan diluluskan. Dia bercita-cita untuk mencipta badan kereta daripada kayu aiskrim pula selepas nie. He3, sama2 kita nantikan macam mana rupa kereta tue.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab