Tuesday, 16 August 2011

Ibu Lahir Anak Kembar Siam Satu Badan Dua Kepala


Sebuah hospital di Beijing mengesahkan bahawa seorang bayi perempuan kembar siam yang memiliki dua kepala satu badan telah dilahirkan di hospital berkenaan.

Seorang staff hospital berkenaan, Wang berkata di Hospital Pusat Bandar Suining dalam daerah Sichuan bahawa bayi perempuan tersebut telah dilahirkan pada hari khamis lalu.

Cik Wang berkata bahawa ibu bapa kepada kembar siam itu yang bekerja sebagai petani tidak mahu melahirkan bayi berkenaan pada awalnya kerana bimbang tidak mampu memeliharanya.

Mereka membawa kandungan itu untuk diperiksa oleh pakar-pakar di sebuah hospital berhampiran pusat bandar Chongging.

Menurut Akhbar tempatan Huaxi Metropolis Daily, bayi kembar dengan berat 4 kg dan ukuran 52cm itu memiliki dua spina saraf, dua esofagus (salur makanan) bagaimanapun berkongsi organ-organ lain.

Satu kenyataan doktor yang dipetik sebagai berkata, adalah mustahil untuk memisahkan kembar ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab