Sunday 7 August 2011

Inilah Rambut Justin Bieber Yang Dijual Pada Harga RM 200,000



Rambut milik penyanyi sensasi remaja Kanada, Justin Bieber dilaporkan mendapat sambutan hangat di eBay, apabila mendapat bidaan lebih AS$40,000 (RM200,000). 

Penyanyi berkenaan dilaporkan memotong rambutnya yang terkenal itu bulan lalu dan menawarkan untuk derma bagi pelbagai badan kebajikan dalam usaha untuk membantu memungut dana kepada mereka yang memerlukan.

Bieber menyerahkan rambutnya itu kepada pengacara rancangan carta Ellen DeGeneres ketika muncul dalam program berkenaan.


DeGeneres merancang untuk menyerahkan hasil lelongan rambut itu kepada pusat menyelamat haiwan California, The Gentle Barn.



Badan kebajikan di Santa Clarita itu menjaga lebih 100 haiwan dan sering diberi publisiti oleh DeGeneres serta majlis amal pasangannya, Portia De Rossi. 

De Rossi menjadi jurucakap pergerakan Alley Cat Allies. Bieber pula baru-baru ini menjadi rakan kepada unit remaja pertubuhan aktivis haiwan, PETA iaitu PETA2. 

Gaya terbaru Bieber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab