Friday 5 August 2011

Malang Buat Harimau Malaya


SERIUS...Rajagobal  memberi  taklimat  kepada pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, Rabu lalu.
SERIUS...Rajagobal memberi taklimat kepada pasukan bola sepak kebangsaan di Wisma FAM, Rabu lalu.
KEM latihan pusat Harimau Malaya yang bermula kelmarin sehingga 15 Ogos ini mungkin berlangsung tanpa membabitkan sebarang perlawanan antarabangsa berstatus A yang dapat membantu membaiki ranking di peringkat dunia.


Terbaru aksi kompetitif menentang Indonesia yang dijadual berlangsung di negara ini pada 14 Ogos dibatalkan ketika Garuda dilihat bersungguh-sungguh mahu menguji Harimau Malaya sebagai persiapan hadapi saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia bulan depan. “Perlawanan terbabit sepatutnya berlangsung 14 Ogos ini sudah dibatalkan. Saya diberitahu ketua jurulatih negara (Datuk K Rajagobal). Saya sendiri tak tahu sebab sebenarnya,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad ketika dihubungi petang semalam.

Perkembangan terbaru itu tampak merumitkan lagi keadaan buat anak-anak buah Rajagobal selepas Oman dilaporkan sudah menangguhkan perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung pada Rabu depan sehingga memaksa Selangor dijadikan sebagai ganti pada aksi di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.




“Sehingga kini hanya perlawanan menentang Selangor disahkan akan berlangsung. Tiada pasukan lain buat masa sekarang,” katanya ketika ditanya mengenai perancangan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan lain.

Mengikut perancangan awal, pemain yang terbabit dalam kem latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya itu akan mengharungi dua perlawanan persahabatan antarabangsa terutamanya dalam mencari kemenangan moral selepas disingkirkan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 penghujung bulan lalu.


Sementara itu akhbar Kompas.com semalam turut melaporkan koordinator skuad kebangsaan Indonesia, Bob Hippy mengesahkan pembatalan itu dari pihak Malaysia dan mengatakan perancangan awal perlawanan antara dua negara jiran itu berlangsung pada 10 Ogos di Stadium Gelora Bung Karno.





Namun perlawanan itu terpaksa dibatalkan dan kemudiannya aksi antara juara dan naib juara Piala AFF 2010 itu ditetapkan 14 Ogos dengan Indonesia bertandang ke Malaysia tetapi ia juga terpaksa dibatalkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab