Tuesday, 9 August 2011

Norhafiz Zamani Misbah Perlu Masa Bangkit



Norhafiz Zamani Misbah (kiri) masih perlu berhati-hati dengan keadaan lutut kirinya yang baru pulih.



PETALING JAYA – Bek tengah berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah masih perlu berhati-hati dengan keadaan lutut kirinya yang baru pulih, ketika cuba mendapatkan tahap kecergasan sewajarnya bagi perlawanan bola sepak antarabangsa. 


 Katanya, kesakitan yang datang sekali-sekala kesan pembedahan daripada kecederaan ligamen depan (ACL) sehingga merehatkan dia daripada aksi selama enam bulan lalu, turut belum menyakinkan dia untuk memberikan prestasi 100 peratus di padang. 


 “Ketika menentang Chelsea (mewakili Pilihan Malaysia, persahabatan di Bukit Jalil, 21 Julai lalu), saya banyak berhati-hati kerana kecederaan ACL memerlukan masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya. Sekarang pun ada lagi sakit sedikit-sedikit. 


 “Bagaimanapun setiap kali mendapat panggilan menyarung jersi negara, ia tetap menjadi kebanggaan dan penghargaan dalam karier bola sepak saya,” katanya yang kurang memuaskan hati jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal ketika menentang Selangor dalam persahabatan, Sabtu lalu.Kali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili negara ialah pada Sukan Asia Guangzhou, November tahun lalu manakala dia hanya dapat bermain sepenuh masa dalam kempen terakhir Liga Super Negeri Sembilan menentang Perlis, bulan lalu. 


Dia turut terlepas kempen Kelayakan Piala Dunia keempat menentang Taiwan dan Singapura, baru-baru ini, selepas melakukannya pada 2001, 2004 dan 2007 masing-masing di bawah bimbingan jurulatih berbeza iaitu Alan Harris, mendiang Bertalan Bicskei dan B. Sathianathan.“Walau siapa pun yang bermain (menentang Singapura), masing-masing sudah berikan yang terbaik dan tidak semestinya Malaysia dijamin menang kalau pun saya yang diletakkan di sana,” katanya, mengulas rungutan banyak pihak terhadap kerapuhan benteng Harimau Malaya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab