Tuesday 16 August 2011

Remaja Hilang Nyawa Selamatkan Budak Lemas


SEREMBAN: Tindakan seorang remaja sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi menyelamatkan orang tidak dikenali yang hampir lemas ketika mandi di sebuah kolam takungan air membawa kepada tragedi memilukan apabila dia ditemui lemas di Seremban 3, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang, Eric Johnson, 13, cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang masih tidak diketahui identitinya sebaik melihat budak itu tenggelam timbul dengan menarik tangannya, namun gagal. Difahamkan, remaja berkenaan bersama abangnya dipercayai berjalan ke kolam berkenaan untuk bersiar-siar dan tiba-tiba terdengar jeritan budak lelaki meminta tolong. 


Menurut sumber, sebaik mendengar jeritan itu, Eric terjun ke dalam kolam berkenaan dan menyelamatkan budak lelaki itu. “Namun tidak sempat naik ke permukaan, Eric dipercayai tergelincir lalu terjatuh di dalam takungan air itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Difahamkan, abangnya, Henry Johnson, 14, cuba menyelamatkan mangsa dengan menarik bajunya, namun gagal.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7 malam sebelum tiba di tempat kejadian 18 minit kemudian.


Katanya, mayat mangsa ditemui jam 7.25 petang di dasar kolam itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab