Saturday 13 August 2011

Safiq Rahim Sah Akan Berhijrah Ke Persija Jakarta

Kapten Malaysia Syafiq Rahim berhijrah ke Liga Super Indonesia musim depan. Itu adalah khabar angin terbaru yang sedang melanda bola sepak negara. Menurut sumber F.A.S, kini sah bahawa Syafiq Rahim akan bermain di Persija Jakarta musim depan dan seorang lagi pemain sayap kebangsaan iaitu Amirul Hadi sedang dipancing oleh kelab dari Liga Jepun dan juga Persib Bandung.

Kedua-dua pemain itu sebenarnya telah pun dipancing kelab-kelab dari Liga Indonesia sejak musim lalu lagi, selepas membantu Malaysia juara AFF Suzuki Cup 2010. Namun, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielak, menyebabkan mereka terus kekal di Liga Super. Hasrat untuk bermain di luar negara sebenarnya memang satu impian bagi ketua pasukan Malaysia itu.

Mengikuti jejak langkah safee sali yang bermain di Pelita Jaya, Syafiq Rahim bakal menjadi pemain kebangsaan negara yang kedua untuk bermain secara tetap di luar negara. Dan jika benar Amirul Hadi Zainal juga pasti akan turut termasuk dalam senarai itu. Ini merupakan satu perkembangan yang positif bagi bola sepak negara.

Penghijrahan ini, bukan bererti liga kita tidak kompetitif ataupun tidak bagus, ianya harus dipandang positif oleh semua pihak. Lihat sahaja penghijrahan Safee Sali yang pada awalnya diberi reaksi yang pelbagai oleh banyak pihak, namun selepas meledak beberapa gol dan membantu Pelita Jaya keluar dari zon bawahan Liga Super Indonesia, ramai pihak mula membuka mata. Kita seharusnya memberikan sokongan dan berharap lebih ramai pemain negara akan berpangkalan ke seluruh dunia dalam menaikkan nama Malaysia dalam sukan Bola sepak.

Mungkin selepas ini kita boleh melihat barisan pemain kita bermain di Liga Jepun dan Korea, mungkin di Liga negara Arab. Jika tidak dimulakan dari yang terdekat dahulu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab