Tuesday 9 August 2011

‘Saya tak bimbang’ - K Rajagobal


“Menang atau kalah adat pertandingan, tiada apa yang perlu dibimbangkan”. Demikian reaksi jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 0-1 di tangan Selangor pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin. 

Rajagobal berkata, pada perlawanan itu beliau cuba menggandingkan beberapa muka baru dan pemain lama yang dipanggil semula terutamanya pada babak kedua. 

Katanya, pemain yang diturunkan belum menampakkan keserasian dan tanpa berselindung mengakui beberapa muka baru yang disenaraikan dalam perlawanan kelmarin belum bersedia beraksi di peringkat :yang lebih tinggi. 

“Malam ini (kelmarin) saya mahu cuba pemain baru dan dari situ kita akan tahu pemain mana yang akan terus diserapkan ke dalam skuad kebangsaan. 

“Manakala pemain lama yang dipanggil semula seperti Farizal Marlias dan Mohd Khyril Muhymeen menunjukkan: permainan yang baik,” katanya. 

Rajagobal berkata, walaupun tewas beliau melihat tanda-tanda positif dalam skuad kebangsaan. 

Mengulas mengenai kehadiran semula pertahanan veteran, Norhafiz Zamani Misbah, Rajagobal mengakui beliau memerlukan sedikit masa untuk menyenaraikan semula pemain itu ke dalam kesebelasan: utama skuad kebangsaan. 

Sementara itu, Rajagobal berkata, beliau: akan menggunakan kempen Piala Malaysia yang bermula 6 September depan: sebagai medan mencari pemain sesuai: untuk diserapkan ke dalam skuad Harimau Malaya. 

“Di Piala Malaysia nanti ada 16 pasukan yang bertanding, dari situ saya akan nilai dan pantau pemain setiap pasukan. 

“Pemain yang mempamerkan aksi cemerlang akan dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan,” katanya. 

Kelmarin, Selangor menumpaskan Malaysia 1-0 menerusi jaringan tunggal Rudie Ramli pada minit ke-64 menerusi rembatan kencang menarik dari luar kotak: penalti yang menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Alawee. 

Perlawanan yang bermula pada 10.15 malam itu turut disaksikan hampir 2,000 penonton.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab