Friday 5 August 2011

Teknik Menyeludup Bayi Yang Gila



Dua orang lelaki berbangsa Perancis ditahan polis sempadan Ukraine kerana cuba menyeludup 2 bayi yang baru lahir. Polsi sempadan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena ketika melakukan pemeriksaan terhadap motor home yang dibawa mereka. Polis melihat lelaki Perancis tersebut kerap melihat kebelakang ketika pemeriksaan rutin dilakukan. Cek punya cek mereka jumpa baby disorok bawah tilam didalam ruang bawah katil.

Lelaki Perancis itu mengaku bayi tersebut adalah anaknya dan baru dilahirkan seorang ibu tumpang (surrogate) . Di Perancis bayi tumpang yang dilahirkan diluar Kesatuan Eropah tidak layak menerima kerakyatan Perancis ibu bapa mereka. Untuk mengelak masalah kerakyatan bayi yang diberi nama Kim dan Vicky ini, bapa mereka sanggup menyekudup mereka sedemikian rupa. Kedua-duanya kini ditahan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara antara 7-10 tahun jika sabit kesalahan.

All I can say is aku paham kenapa bapa dia sanggup nak seludup anak macam ni. Kalau takde kerakyatan susah nak hidup didalam EU. Tapi tak ada cara yang lebih selamat dan kurang brutalkah? Sad really

Laporan asal Daily Mail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab