Sunday, 7 August 2011

Tengkorak Mona Lisa Ditemui


Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa.

 
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.

Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi. Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo. Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542. Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.

Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.


Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.

Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.

 

Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab