Saturday, 13 August 2011

Uwais Alqarni Nama Anak Siti Sarah


"Sarah baru buat pemeriksaan tadi (Rabu), dan doktor dah sahkan Sarah dan Shuib akan dapat anak lelaki. Shuiblah orang yang paling seronok sebab dia memang nak anak lelaki. Sarah tidak kisah pun sebenarnya. Lelaki ke perempuan, Sarah terima sahaja. Disebabkan dah tahu jantina anak, Sarah dah pun  pilih nama anak iaitu Uwais Alqarni. Saya pilih nama ini sebab saya sangat kagum dengan ketaatan Uwais kepada ibunya. Bahkan, Rasulullah S.A.W pernah memberitahu yang doa Uwais dimakbulkan oleh Allah kerana ketaatannya itu,” cerita Sarah yang kini hamil enam bulan

Berkongi pengalaman kehamilan pertamanya itu, Sarah memberitahu dia tidak mengalami alahan yang terlalu teruk. Cuma dalam tempoh tiga bulan pertama dia banyak mengambil supplemen untuk mendapat khasiat yang diperlukan tubuh badan. Malah, sepanjang tempoh berpuasa ini, baru sehari dia tidak berpuasa. Itu pun kerana perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Dalam masa yang sama, dia juga tidak mengidam benda yang pelik-pelik.

Berkongsi pengalaman berpuasa sebagai seorang isteri, Sarah mengakui yang dia tidak susah menjaga makan minum suaminya. Ini kerana suaminya itu bukan seorang yang memilih makanan.

“Shuib akan makan apa sahaja yang Sarah masak. Dia tidak memilih. Masakan yang ringkas-ringkas pun dia akan makan. Untuk bulan puasa ini, kami selalu berbuka di rumah sahaja. Kalau ada jemputan berbuka barulah berbuka di luar. Untuk sahur pula, saya memang selalu masak lebih. Jadi bila bangun pagi nanti, saya hanya panaskan apa yang ada. Semuanya ringkas sahaja,” ujar Sarah.

Sementara itu, Sarah juga sempat memberitahu yang dia dan Shuib baru sahaja selesai merakamkan lagu duet berjudul  “Cinta Itu Nyawa” yang digubah oleh Aidit Alfian. Lagu yang ditulis oleh Ad Samad itu menceritakan kisah percintaannya dengan Shuib sebelum ini.

“Ikut perancangan, lagu ini akan dilancarkan selepas Raya nanti. Sebenarnya kami pun tidak sangka akan rakamkan lagu ini untuk pendengar. Pada mulanya, kami hanya mahu buat untuk perkahwinan tempoh hari sahaja. Tapi, selepas Abang Aidit kata Shuib boleh menyanyi, kami fikir apa salahnya untuk mencuba. Kalau dapat sambutan yang baik, mungkin ada lagi projek duet daripada kami,” ulas Sarah ceria.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab