Wednesday 3 August 2011

[Video] Rakaman Video Kemalangan Yang Dasyat



Kemalangan antara lori & kereta di atas adalah berpunca dari kereta tersebut yang memandu di lorong yang salah. Menariknya, kemalangan itu dapat dirakam oleh kamera GPS yang dipasang pada lori tersebut. Dan lebih menarik lagi, pemandu kereta yang memandu di lorong yang salah itu adalah seorang perempuan! (Kalu Bung Mokhtar tau ni, suka aa dia. hehe

Saksikan video kemalangan tersebut..


ABERDEEN, Britain - Detik cemas sebuah kereta dipandu melawan arus memasuki susur keluar sebatang jalan raya di Britain sebelum ia berlanggar dengan sebuah treler yang membawa muatan simen berjaya dirakam kamera sistem pengesanan global (GPS) lori kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, kereta Vauxhall Astra yang dipandu seorang wanita cuba memasuki jalan besar A90, dekat sini, Scotland, melalui susur keluar jalan itu.

Melihat sebuah treler seberat 44 tan di depannya, dia melencongkan keretanya dan berada dalam laluan lori kedua di jalan raya itu.Tidak mahu dirempuh, kereta itu cuba kembali ke susur keluar itu dan melanggar sisi treler terbabit.

Pelanggaran tersebut menyebabkan treler berkenaan terbalik, manakala bahagian sisi dan hadapan kereta itu remuk. Tiada yang cedera dalam kemalangan itu. Namun, wanita berusia 20 tahun itu didakwa kerana memandu secara berbahaya. - Agensi (Kosmo)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab