Monday 1 August 2011

Wanita Separuh Bogel Berlari Di Tengah Lebuh Raya



SEORANG wanita separuh bogel melarikan diri.


LOS ANGELES – Seorang wanita yang hanya berseluar dalam, coli dan berkaki ayam ditangkap polis di sebuah lebuh raya di pinggir bandar raya ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu ditangkap selepas dia terjun dari sebuah trak penarik kereta yang dipandunya. Dia merampas trak itu kerana keretanya mahu ditarik.

Pemandu trak penunda itu memandu kereta wanita tersebut untuk mengejar traknya yang telah dirampas. 
Dua buah kereta polis kemudian mengejar trak yang dipandu oleh wanita itu.
Namun, wanita tersebut terjun dari trak itu yang sedang bergerak di sebuah lebuh raya.

Beberapa anggota polis kemudian turun dari kereta dan berlari ke arahnya sebelum bergelut dengan wanita itu serta menangkapnya.

Seorang anggota polis Los Angeles, Leftenan Wayne Lightfoot menyatakan, wanita tersebut akan didakwa mencuri kenderaan. – Agensi 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab