Thursday, 11 August 2011

Aksi Mendebarkan Seorang Jurugambar Di Grand Canyon


Ini adalah kes seorang jurugambar mengambil gambar seorang jurugambar yang lain. Gambar-gambar berikut telah diambil oleh Hans van de Vorstyang berasal dari Belanda di Grand Canyon, Arizona. Penerangan pada gambar adalah olehnya sendiri. Identiti jurugambar yang diambil gambarnya itu tidak diketahui.


Saya terkejut melihat lelaki ini berdiri bersendirian di atas batu di Grand Canyon. Kedalaman gaung di sini adalah 900 meter (3000 kaki). Batu di sebelah kanan lebih selamat. Memerhatikan lelaki ini hanya memakai selipar flip-flop, bersama kamera dan tripod, saya bertanya kepada diri sendiri 3 soalan :
  1. Bagaimana dia sampai ke atas batu itu?
  2. Mengapa tidak mengambil gambar matahari terbenam dari batu yang sebelah kanan, yang lebih selamat?
  3. Bagaimana dia akan kembali?
Selepas matahari terbenam, dia mengemas peralatannya dan menyiapkan diri untuk membuat lompatan. Ini mengambil masa kira-kira 2 minit, dan dalam masa tersebut, dia mencuri perhatian daripada pelancong lain.


Dia kini berada dalam situasi tidak boleh berpatah balik - dia melompat dengan selipar flip-flopnya.


Sekarang anda boleh lihat bahawa batu yang selamat (sebelah kanan) adalah lebih tinggi. Jadi, dia terpaksa mendarat lebih rendah pada batu tersebut yang agak curam dengan cuba menggunakan salah satu tangannya untuk mencapai batu tersebut.


Lihat dengan teliti pada jurugambar tersebut. Beliau mempunyai kamera, tripod dan sebuah beg plastik, sama ada di atas bahu atau di tangan kirinya. Hanya tangan kanannya tersedia untuk mencapai batu dan berat peralatan itu menjadi satu masalah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab