Tuesday 16 August 2011

Ana Raffali Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Pernah dimomokkan akan menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini, penyanyi yang berjaya merangkul juara Anugerah Juara Lagu 2010 yang lalu, Ana Raffali bagaimanapun menafikan perkara itu. Mengakui sudah mempunyai kekasih hati sekarang ini, Ana bagaimanapun belum berhasrat mahu membina masjid pada tahun 2011 ini.
"Tidak adil untuk diri saya dan keluarga sekiranya saya berkahwin pada tahun ini. Saya masih ada tanggungjawab untuk membina dan membantu keluarga saya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang diri saya sendiri.
"Banyak lagi perkara yang masih belum selesai dan banyak lagi tanggungan yang perlu saya buat untuk keluarga, kalau boleh saya mahu mereka lega dan memberi kepuasan serta kasih sayang yang cukup buat mereka,"jelasnya.
Tidak menyembunyikan status diri, menurut Ana Raffali, dia akan datang berhari raya dirumah kekasihnya pada hari raya ini.
"Mana-mana perempuan yang mempunyai kekasih, teman hidup dan kawan rapat akan melawat rumah mereka pada hari raya, begitu juga dengan saya. Memandang kampungnya (kekasih) jauh di Kelantan, maka saya hanya akan menziarahi rumah keluarganya di Kuala Lumpur sahaja,"luahnya lagi.
Pengalaman Raya
Beraya sebagai seorang artis, ia memberikan pengalaman yang menarik buat Ana Raffali dan keluarga. Bekerjasama dengan penduduk dikawasan perumahannya, Ana akan menyanyi di majlis sambutan hari raya yang akan dilangsungkan dikawasan kediamannya.
"Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sahaja, dan mungkin tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya kerana tahun ini saya sudah berjanji akan menghiburkan jiran tertangga.
"Saya memang agak rapat dengan komuniti penduduk di Lembah Keramat ini, jadi untuk kawasan rumah saya iaitu jalan 8, 10 dan 11, kami dah merancang untuk mengadakan satu majlis menyambut syawal dan pada hari itu saya akan membuat persembahan untuk mereka tanpa sebarang bayaran.
"Tahun ini juga bermakna buat saya, kerana adik saya yang dahulunya belajar di Mascow telah pulang ke Malaysia, dan kami juga dapat beraya setelah enam tahun tidak bersamanya,"ujar Ana Raffali.

ANA RAFFALI GEMBIRA BERAYA DI KUALA LUMPUR

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab