Tuesday 16 August 2011

Ibu Restui Stacy Berkahwin Dengan Akim?

KUALA LUMPUR : Desas-desus tentang hubungan cinta yang terjalin di antara juara Akademi Fantasia 6, Stacy dengan pemenang tempat ketiga AF7, Akim akhirnya terjawab apabila masing-masing memberanikan diri untuk membuka mulut serta mendedahkan kesahihannya di hadapan pihak media, pada petang semalam.

Malah ketika menjawab pertanyaan tentang bagaimana penerimaan keluarga Stacy tentang hubungan mereka berdua, pelantun suara lagu Jahat itu berkata, ibunya sama sekali tidak menolak sekiranya takdir menemukan jodoh di antara mereka berdua.

"Sejak cerita saya dan Akim dikaitkan bercinta, emak sering bertanya tentang kesahihan cerita tersebut. Malah emak saya tidak pernah menghalang untuk saya berkawan dengan Akim. Alasannya kerana dia tidak sanggup lagi mendengar gosip atau khabar angin tentang perhubungan kami di media.

"Tapi emak saya juga berpesan, jika ditakdirkan jodoh saya jatuh di tangan pemuda Melayu dan beragama Islam, dia sama sekali tidak menolak. Bagaimanapun dia juga berpesan, terlalu banyak dugaannya apabila seseorang itu berkahwin dengan agama lain.

"Kata emak lagi, jika saya ingin berkahwin hanya setakat untuk bersuka-suka, nasihatnya baik lupakan saja kerana ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan 2 agama yang berbeza," katanya jujur .

Stacy ditemui selepas majlis pelancaran dan sidang media empena perlantikannya sebagai duta Wall's Cornetto yang turut mengandingkan Akim sebagai jurucakap manisan kegemaran ramai itu diadakan di Neutral Club di sini, semalam.

Bagaimanapun Stacy menambah, masih terlalu jauh untuknya memikirkan tentang soal untuk mengakhiri dunia bujang, apatah lagi dalam usianya yang masih terlalu mentah muda.

Katanya, masih terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, sama ada sebagai anak, penghibur serta juga pelajar.

Namun, jelas Stacy, sejak mula berkenalan dengan Akim kira-kira 2 tahun lalu, kehidupannya memang sudah banyak berubah dan kekosongan hidupnya kini banyak diisi bersama jejaka yang berusia 20 tahun berkenaan.

"Sejak bergelar penyanyi, jumlah kawan saya semakin berkurangan. Di Sabah pula, ramai kawan saya yang sudah berkahwin. Tambahan pula, tak ramai kawan yang boleh saya ajak untuk bergembira. Nasib baik ada Akim. Dia juga suka nak berkawan dengan saya dan boleh dikatakan dia pandai melayan setiap kerenah saya.

"Bila ada cuti saja, kami akan menggunakan peluang ini untuk keluar bersama seperti menonton wayang atau pergi ke pusat membeli-belah. Jadi, kalau nampak kami keluar bersama, tak bermaksud kami ini bercinta. Mungkin apa yang boleh saya katakan sekarang, Akim adalah kawan baik saya . Untuk bercinta, saya tak rasa ianya akan terjadi," katanya berterus terang.

Jelas Stacy, tiada apa yang menarik tentang diri Akim melainkan sikapnya yang periang. Malah, teraju utama siri Kau Dan Aku itu juga mampu membuatkan hatinya sentiasa berada dalam keadaan yang ceria.

Malah kata Stacy lagi, dia dan Akim sering berkongsi minat yang serupa dan sama-sama datang dari latar belakang keluarga yang agak sama sebelum mereka bergelar bintang program realiti AF yang jadi kesukaan ramai itu.

"Memang tak nafikan, saya pernah bercinta ketika zaman sekolah dulu. Tapi sekarang fokus saya lebih tertumpu kepada kerjaya saya terlebih dahulu. Saya tak nak hilang fokus hanya kerana masalah percintaan. Biarlah saya kumpul duit dulu, sebagai persediaan untuk masa kesusahan dan hari tua nanti," katanya.

Sementara itu, menurut Akim pula, kisah cintanya bersama Stacy lebih dinilainya dari sudut yang positif. Apa tidaknya, dek kerana desas desus itu juga mereka berdua telah dipertemukan sebagai duta Wall's Cornetto bagi melengkapi kempen jenama aiskrim berkenaan sepanjang tahun ini.

"Ini adalah perkembangan yang sangat baik buat kami berdua. Disebabkan kontroversi tersebut, kami telah disatukan bersama Wall's Cornetto .Saya dan Stacy juga menjalankan tanggungjawab kami dengan penuh profesional.

"Tiada perhubungan cinta antara kami kerana kami sebenarnya berkawan baik. Kalau tahun sebelumnya saya dipertemukan dengan Juliana Evans, tapi kali ini saya bernasib baik kerana dapat bergabung tenaga dengan Stacy," katanya dengan senyuman.

Kata Akim, tiada yang lebih menarik apabila mereka berpeluang menyanyikan lagu tema sempena kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto menerusi gabungan lagu Inilah Cinta dan Jahat berjudul Jahat Cinta secara berduet
.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab