Saturday 13 August 2011

Budak Mempunyai Cengkerang Penyu Semakin Pulih


Dibuli ... Hali mempunyai kulit belakang yang tebal seakan cengkerang penyu.

Seorang budak lelaki yang digelar budak penyu oleh pembuli-pembulinya boleh memulakan satu kehidupan baru selepas cengkerang kulit keras di belakang badannya telah dibuang.

Maimaiti Hali, 8 tahun, menjalani pembedahan selama dua jam untuk membuang kulitnya yang mengalami mutasi pertumbuhan.

Ayah kanak-kanak malang ini berkata: "Kami telah dimaklumkan pembedahan ini tidak mungkin dapat dilakukan ketika usianya sangat muda, jadi kami menunggu. Tetapi pertumbuhan kulitnya semakin besar dan lebih keras menjadi seperti cengkerang penyu. "Masyarakat sekeliling sering membulinya dan kami memutuskan untuk menamatkannya. Dia sesungguhnya seorang budak lelaki yang berani, baik dan dia tidak pernah mengadu. Kami sungguh gembira dia kini semakin sembuh."
Pasukan perubatan di Hospital Besar Tentera Urumqi berkata mereka telah membuang ketumbuhan itu dan digantikandengan cantuman-cantuman kulit dari kulit kepala dan kaki Hali.

Ketua pakar bedah Ye Xiangpo berkata: "Kulit yang telah kami buang setebal kulit seladang jantan. 
"Kami menggunakan rambut di kepalanya kerana ia tumbuh kembali dengan cepat. Kami menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya."

Hali berasal daripada Heping, utara China, menambah: "Ia sakit sedikit, tetapi saya tidak bimbang jikq kanak-kanak lain mentertawakan saya lagi. "Saya berharap untuk keluar ketika waktu siang tanpa baju dan pergi berenang dengan rakan-rakan saya." 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab