Wednesday 3 August 2011

Elia Enggan Mengulas


KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu komen, biarlah semuanya selesai dulu,” kata tunang Khairul Fahmi Che Mat, 22, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, di sini, semalam.
Elia ketika dihubungi menerusi SMS enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan Khairul Fahmi yang mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangannya kepada keluarga Elia dalam masa terdekat. 


Kelmarin, Harian Metro melaporkan dakwaan Elia yang tidak mengetahui keputusan penjaga gol sensasi kebangsaan itu memutuskan pertunangan mereka dan hanya mengetahuinya menerusi Metro Ahad.

Wanita itu turut menafikan dakwaan Khairul Fahmi bahawa keputusan memutuskan pertunangan mereka diambil selepas berbincang dengannya menyebabkan dia dan keluarganya terkejut.


Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah.

Dia turut menyangkal dakwaan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga dan menegaskan ia helah Khairul Fahmi ‘menyelamatkan’ dirinya. “Kecurangan Khairul Fahmi terbongkar selepas ada seorang wanita datang berjumpa dan mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi sebelum ini,” katanya.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab