Wednesday, 3 August 2011

Johan As'ari Rendah Diri Digelar 'Jamban'


Johan As'ari
PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Juvana yang popular dengan watak Botak iaitu Johan Arrif As’ari,25, mendedahkan dia pernah diminta menukar nama kerana namanya sekarang dikatakan membawa maksud “jamban”.
Johan berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia menyertai aktiviti keagamaan bersama kumpulan tabligh di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu apabila didatangi seorang ustaz lalu bertanyakan nama penuhnya.
“Ketika di sebuah masjid, salah seorang anggota jemaah tabligh itu mendekati saya lalu bertanyakan nama.
"Ketika saya memberitahu nama penuh saya, terus dia meminta saya menukarnya kerana Johan itu membawa makna jamban,” katanya ketika diminta mengimbas kenangan pelik yang pernah terjadi dalam hidupnya selama ini.
Tambah Johan, kerana terkejut dengan kata-kata ustaz tersebut, dia tidak menghiraukan permintaannya sebaliknya menjelaskan nama Johan Arrif ialah nama yang cukup komersial dan tidak perlu di tukar selain Arrif itu sendiri bermakna bijak.
Selepas itu ujarnya ketika meninggalkan ustaz berkenaan untuk ke sebuah kedai runcit berdekatan, dia terperanjat apabila mendapati kedai itu secara kebetulan turut menjual selipar jamban yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bernama “Johan”.
Pengalaman itu kata Johan menjadikan dia seorang yang rendah diri dan sentiasa melihat keburukan namanya agar tidak terus alpa dan lupa dengan nikmat yang dikurniakan Allah.
“Saya juga percaya walaupun saya adalah “jamban” tetapi saya jamban yang bijak,” katanya bergurau.
Jelasnya, selepas melibatkan diri sebagai pelakon Juvana, dia mendapat banyak tawaran berlakon dan bersyukur kerana mampu meneruskan minatnya dalam bidang seni yang dicintainya selama ini selepas mengambil masa bertahun-tahun melakukan uji bakat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab